Saturday, July 11, 2009

Durian Oh Durian



Balik dari gi umah orang kawin tadi, aku gi umah Pak busu aku..Saje je nk tanya ada durian ke tak..sekali pak busu aku kata memang ada...tanpa berlengah lagi aku pun dengan tak malunya terus parking kereta dan terus kebelakang umah pak Busu untuk menikmati durian peninggalan arwah atok aku..

Wife aku pun ikut sama..mula-mula kata tak nak, pas tu habis jugak 2 biji..Durian atok aku ni, pokok nya dh tua sangat dah..kadang-kadang buah nya jadi, kadang-kadang tak jadi..tengok mood agaknya..

Dh lama gak aku tak pegi belakang umah atok aku ni..selain ada durian, aku tengok rambutan, manggis dan rambai pun ada gak..kalau sepupu-sepupu aku yang lain ada, mesti meriah acara amik buah ni..teringat pulak zaman kecik-kecik dulu....

Selamat Pengantin Baru




Tarikh 11 Julai 2009 adalah tarikh keramat bagi Nurul Shima dan pasangannya Hafiz kerana telah melangsungkan perkahwinannya bertempat di dewan JKR Daerah Kota Tinggi. Nurul ni adalah kawan wife aku. Dulu dia orang ni satu tempat keje di AB Tech (M) Sdn. Bhd. Pastu nurul berenti keje dan keje ditempat lain. Sebulan lepas tu wife aku pun berenti keje gak.

Masa datang kat majlis perkahwinan nurul ni, dapat lah wife aku berjumpa dengan kawan-kawan lama dia yang masih berkerja di tempat lama. So. aku ni jadi cameraman la amik gambar-gambar dia orang..

Kepada Nurul dan Hafiz Selamat Pengantin baru semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan jemputlah datang umah...tapi bagi tau la dulu yer..

Monday, July 6, 2009

Menikmati jamuan yang disediakan


Hari sabtu yang lepas, umah mak saudara aku telah mengadakan majlis kenduri arwah suaminya, Allahyarham Abu Bakar Omar. Majlis yang bermula selepas Isya' dihadiri oleh saudara mara dan penduduk Kg.Panti. Pada tahun ini genap 7 tahun arwah Uncle Bakar meninggal dunia. Al-Fatihah........

Monday, June 29, 2009

Majlis Aqeqah Dan Potong Jambul Mohamad Hilman Haziq dan Aimran Shah



Majlis aqeqah yang berlangsung pada 28 Jun 2009, di rumah Amy telah berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yang hadir dikalangan saudara mara dan sahabat handai untuk memeriahkan lagi majlis aqeqah dan potong jambul anak Amy dan pasangannya fizah dan juga anak Azlan Shah dan pasangannya khaleeda.
Majlis yang bermula pada pukul 2.00 petang dimulakan dengan bacaan yassin dan marhaban kumpulan wanita seterusnya acara potong jambul dijalankan. Berbagai juadah yang disediakan antaranya Nasi beryani kambing dan pulut kuning serta kuih muih.
Semoga anak Amy dan anak Azlan akan menjadi anak yang soleh dan anak yang berjaya di dunia dan akhirat. amiinnnn...

dari pak long isz.....

Tuesday, June 9, 2009

Bukit Kepong

Pada malam ahad yang lepas, TV2 telah menayangkan cerita Bukit Kepong. Memang dah lama aku tunggu cerita tu..sbb dh lama tak tengok..
Cerita ini mengisahkan tentang balai polis Bukit kepong yang diserang oleh komunis pada tahun 1952 dahulu. serangan yang bermula pada tengah malam berlarutan hingga ke siang hari.Semua askar dan pihak polis telah terkorban ketika kejadian itu.

Pada aku cerita tu memang best sebab dapat menaikan semangat juang orang melayu dan jati diri agar kita sanggup mempertahankan maruah Agama , Bangsa dan Negara.

Setelah melihat cerita bukit kepong itu, adakah kita sanggup untuk menerima Chin Peng balik ke Malaysia??Mari kita pastikan agar kaki Chin Peng tidah menyentuh tanah malaysia lagi..

Pengantin Datang Rumah


Nizam dan isterinya sarah bergambar di rumah aku semasa mereka datang berkunjung malam isnin yang lepas.

Disebabkan isteri aku tak sempat memasak kerana baru sampai dari Kota Tinggi, aku terus menelefon Pizza Hut untuk hidangan makan malam bersama pengantin.

Saturday, June 6, 2009

Nizam Kahwin




Hari ni ialah hari perkahwinan sepupu gua, Nizam..hari pernikahan Nizam telah berlangsung pada minggu lepas di Kulim, Kedah.Seramai 40 orang telah pergi ke Kedah dengan menaiki sebuah bas yang dipinjam dari IKBN, Pagoh..


Majlis pada hari ni berlangsung dengan meriahnya. Ramai saudara mara dan rakan taulan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis Nizam dan Sarah