Friday, May 15, 2009

" Selamat Hari Guru, Cikgu "

Tarikh 16 Mei setiap tahun adalah tarikh yang penuh keramat bagi warga pendidik kerana pada hari itu lah sambutan Hari Guru diraikan.

Segala penat lelah cikgu-cikgu terubat dengan adanya hari guru. Guru-guru akan diraikan dan diberi penghargaan oleh pelajar-pelajar.

Kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di Sek. Ren. Laksamana, Kota Tinggi, Sek. Men.Bandar, Kota Tinggi, Sek. Men. Vokasional, Kota Tinggi, Dan Sek. Men. Vokasional Johor Bahru saya ucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih kerana mendidik saya, merotan saya, membebel kat saya dan macam-macam lagi lah yang saya kena masa kat sekolah dulu..jasa mu akan dikenang sampai akhir hayat. Semoga Allah yang membalas jasa-jasa kalian.

Walau pun saya belajar tak sampai universiti, tapi saya masih jadi "orang" ..hahahaha

No comments:

Post a Comment